Kursus Pembinaan Blog Pusat Sumber Sekolah.


Laporan Kursus Pembinaan Blog Pusat Sumber Sekolah


Tarikh   : 23 hingga 24 September 2012 (Kumpulan PKG Permaisuri)
             : 26 hingga 27 September 2012 (Kumpulan PKG Langkap)

Masa    : 8.30 pagi hingga 4.30 ptg
Tempat : PKG Permaisuri, SK Kg Buluh, Permaisuri Setiu Terengganu

Laporan Bertulis : Kursus ini berlangsung selama 4 hari, iaitu Ahad & Isnin (23 & 24 Sept 2012) bagi sekolah dalam PKG Permaisuri  dan hari Rabu & Khamis (26 & 27 Sept 2012) bagi sekolah dalam PKG Langkap. Peserta kursus terdiri guru perpustakaan media GPM daerah setiu bertujuan untuk memberi pendedahan bagaimana membina sesebuah blog. Dalam kursus ini, penekanan lebih terumpu kepada membina blog bagi Pusat Sumber sekolah masing-masing.

Laporan Bergambar :

Selamat Datang

BLOG INI DALAM PROSES PEMBINAAN
Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu murid - murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan bahan pembelajaran agar mereka tidak hanya bergantung kepada buku-buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SMKC dan perkongsian ilmu. Semoga Pusat Sumber SMK Chalok Model Khas terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam... .


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012